Terima kasih Menteri JPM Agama

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 06 September : Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Jabatan Perdana Mentei (Agama), YB Senator Ustaz Idris Ahmad, Pengarah Kanan Yadim,Ketua Pengarah Jawi dan Pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang sudi mengadakan lawatan kerja ke Wangsa Maju sekaligus menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan fakir miskin di sini semalam.

Bantuan tersebut yang berupa kit makanan bernilai RM100 diserahkan kepada 25 keluarga di Taman Melati yang terkesan dengan Covid-19.

YB Senator Ustazah Nuridah ketika ditanya menyifatkan program tersebut sebagai salah satu usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

“Kita faham bahawa di saat pandemik Covid-19 rakyat terkesan dan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka”, ujarnya.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi Yusuf dan Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mahfuzan Gaddafi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *