Sambutan Maulidur Rasul semarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 5 Nov: Meskipun dalam keadaan sederhana, ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, sambutan Maulidur Rasul peringkat Wangsa Maju semalam menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW.

Sambutan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, di sini berlangsung dalam norma baharu yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS).

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohamad Asri Abdul Wahid, berkata sambutan bertemakan ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’ diserikan dengan acara forum perdana.

Beliau berkata, Segmen Sirah Rasulullah disampaikan Datuk Mohd Nakhaie Haji Ahmad dan Imam Muda Fakhrurrazi Husin turut menyerikan sambutan yang mana pengisiannya adalah mencontohi akhlak Baginda Rasulullah SAW serta terus mengimarahkan masjid yang menjadi tempat hidayah.

“Rakyat mestilah melihat dari setiap sudut bahawa perpaduan yang dicapai pada hari ini merupakan hasil dari hubungan yang erat antara kaum dan agama serta menolak segala anasir yang boleh memecahkan antara satu sama lain.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPPWP Zon Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, AJK Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Wakil ImProf dan Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *