Pas Sarawak tetap tanding

KUCHING: Pas Sarawak mengumumkan kesiapsiagaan untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan menyenaraikan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandinginya.

Pada PRN Sarawak yang lepas, calon parti itu kalah semua kerusi ditandingi mereka.

Setiausaha Pas negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, jentera pilihan parti itu telah digerakkan sepenuhnya di peringkat negeri dan di kerusi-kerusi DUN yang bakal diletakkan calon.

“Pas Sarawak yakin pertimbangan yang sewajarnya telah diperhalusi oleh kepemimpinan di peringkat Pusat dalam mencorakkan politik nasional dan negeri bersama parti rakan bagi memastikan natijah yang terbaik dalam PRN Sarawak kelak,” katanya semalam.

Sementara itu, pemerhati politik veteran Sarawak, Datuk Peter Minos berkata, persaingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dijangka sengit disebabkan parti-parti dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas akan melakukan apa sahaja untuk menang.

Katanya, Parti Sarawak Bersatu (PSB) juga tidak akan memberi sebarang peluang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana berulang kali menyatakan keyakinan untuk mengambil alih kerajaan negeri.

“GPS mempunyai asas kerana ia sebuah gabungan empat parti, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) yang kukuh, berdisiplin serta mempunyai rekod cemerlang dalam mentadbirkan negeri Sarawak,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *