PAS bantu 14 keluarga di Kampung Puah Seberang

Oleh WAN SYAHIRAH

WANGSA MAJU, 18 Ogos: PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Maju Sejahtera dan Persatuan Penduduk Kampung Puah Seberang menyampaikan bantuan makanan kepada 14 keluarga 14 Ogos lalu.

Bantuan berkenaan dibuat hasil permohonan persatuan penduduk berkenaan sebelum ini untuk semua keluarga berkenaan yang terjejas bekalan makanan.

Berdasarkan permohonan yang diterima, majoriti penerima sumbangan ini ialah pekerja kilang dan berniaga kecil kecilan.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) ketika menyampaikan sumbangan berkenaan bersatu melawan pandemik di samping bertenang walaupun negara dilanda krisis politik.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan yang bermanfaat kepada rakyat.

“Kita harapkan agar penduduk Kampung Puah Seberang dapat memberi mandat kepada PAS dan kerajaan PN dalam PRU-15 kelak,” ujarnya.

Beliau turut mengambil maklum tentang tanah kampung berkenaan yang masih berstatus setinggan dan akan bertindak sewajarnya.

Turut hadir memberi sumbangan ialah YDP PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din serta wakil Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dan Persatuan Penduduk Masyarakat Kampung Puah Seberang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *