NGO PKMS Bantu Guru Pasti Diragut

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : Pengerusi Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS), Mohamad Asri Abdul Wahid hari ini menyampaikan sumbangan kepada seorang guru wanita PASTI Wangsa Maju yang telah menjadi mangsa ragut.

Beliau telah diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan sendirian di sebatang lorong di Jalan Balau, Taman Setapak di sini 19 November lalu. Pada jam 8 pagi hari kejadian, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an, dihampiri suspek yang menunggang motosikal dari arah bertentangan dan memakai helmet.

Menurut sumber, pembonceng motosikal itu kemudian turun lalu merampas beg tangan mangsa sebelum suspek memecut melarikan diri.Mangsa kemudiannya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Setapak.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa memaklumkan kerugian lebih RM800 selepas beg tangannya diragut suspek berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *