NGO, Pemuda PAS Selayang Bantu Penduduk Setempat

Batu 5 Nov :Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS) dan Pemuda PAS Selayang menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan di Taman Selayang Baru 30 Oktober lalu.

Wakil Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Muhammad Hakim ketika ditanya menyatakan bahawa sumbangan ini untuk membantu penduduk yang kehilangan punca pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu.

“Walaupun iklan kutipan sumbangan itu hanya dibuka sejak setahun lalu, namun alhamdulillah kita menerima maklum balas yang baik daripada para penyumbang.

“Bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak sumbangan agar dapat membantu lebih ramai penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19″, tambahnya.

Sumbangan disampaikan oleh YDP PAS Selayang, Tuan Haji Mohd Zaidy Abdul Talib, wakil Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Muhamamad Hakim, AJK Pemuda PAS Selayang.

Sumbangan masih boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12113010071315 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *