Kupasan Ringkas Surah Ali Imran

Surah Ali Imran antara surah yang panjang dan merupakan surah yang diturunkan di Madinah.

Surah ini banyak menyentuh hukum-hukum syariat berkaitan pemerintahan, hidup bermasyarakat serta akidah Islam.

Terkandung di dalam surah ini dua rukun yang penting dalam agama iaitu rukun aqidah dan syariat. Rukun aqidah penting dalam menentukan sah atau tidak sah amal yang dilakukan. Manakala rukun syariat khususnya perkara yang berkait dengan peperangan dan jihad fisabilillah.

Bahagian pertama daripada surah ini menyebutkan tentang ayat-ayat keesaan Allah, kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, benarnya al-Quran dan menolak kekeliruan ahli kitab terhadap Islam.

Bahagian kedua pula menceritakan tentang hukum syariat yang terkait dengan hukum haji, jihad, riba, hukum terhadap mereka yang tidak mengeluarkan zakat dan mengisahkan secara panjang tentang peristiwa Badar dan Uhud.

Kuliah Dhuha Jumaat, 29 Januari 2021

FB: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *