Kelebihan Puasa Tasu’a

Berdasarkan hadis dari Rasulullah s.a.w, bulan Muharram juga mempunyai keistimewaannya sendiri kerana digelar sebagai bulan Allah.

Terdapat sebuah hadis yang menceritakan keistimewaan bulan ini sebagai bulan yang afdhal untuk berpuasa.

Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang bulan apakah yang baginda perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ?

Maka jawab baginda S.A.W:إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.Riwayat al-Tirmizi (741)

Menerusi hadis ini, jelaslah keistimewaan bulan Muharram sebagai bulan yang terbaik bagi umat Islam untuk berpuasa sunat. Bagi yang sihat dan berkemampuan, berpuasalah sebanyak mungkin pada bulan ini bagi mengejar keampunan dan keredhaan Allah.

Bulan Muharram juga cukup sinonim dengan Hari ‘Asyura. Ramai yang berlumba-lumba berpuasa pada Hari ‘Asyura kerana fadhilatnya yang cukup besar.Walaupun kita digalakkan untuk mengisi bulan Muharram dengan puasa sunat sebanyak mungkin, terdapat hadis khusus yang menceritakan fadhilat berpuasa pada Hari ‘Asyura yang jatuh pada 10 Muharram.

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Perkara ini turut dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.Riwayat Ahmad (2154)

Menerusi hadis ini, jelaslah bahawa puasa sunat pada Hari ‘Asyura perlu diiringi dengan puasa sunat pada 9 atau 11 Muharram bagi menyelisihi amalan Kaum Yahudi.

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

Lafaz Niat Puasa Asyuraنَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Maksud : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

Tulus Ikhlas,

YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh

Ahli Dewan Negara

Timbalan Ketua Wanita Perikatan Nasional Malaysia

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *