Bersatu Wangsa Maju bantu mangsa banjir

Semalam, Squad Prihatin BERSATU Wangsa Maju telah mengikuti program bantuan dan pembersihan di Lanchang, Termeloh Pahang bersama dengan Skuad Prihatin BERSATU Wilayah Persekutuan.

Seawal 8 pagi lagi, semua sukarelawan telah berkumpul di stesen minyak BHP selepas Tol Gombak dan bertolak pada jam 8.45 pagi. Selamat tiba dia Lanchang pada jam 10.50 pagi.

Kami telah ditugaskan untuk membantu membersihkan rumah beberapa orang penduduk di kawasan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan barang-barang dari dalam rumah, membersihkan lumpur dan mencuci perkakasan rumah dilakukan bersama-sama.Setelah selesai, kami berhenti berehat seketika untuk makan tengahari dan kemudiannya sambung membantu membersihkan kawasan gerai makan.

Alhamdulillah, berkat mendapat pasukan yang saling membantu kerja-kerja pembersihan berjalan dengan jayanya pada jam 5 petang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *