10 pelajar terima tablet, 17 keluarga Wangsa Maju terima sumbangan Bakul Makanan

Muhamad Abdul Fateh

WANGA MAJU 06 SEPTEMBER : 17 keluarga golongan B40 di Wangsa Maju menerima sumbangan bantuan Bakul Makanan dan 10 pelajar menerima tablet dari YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh, semalam di PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah.

lebih 1000 kotak diedarkan kepada golongan itu yang terkandas akibat pandemik Covid-19.

“Program Prihatin bawah Kerajaan Perikatan Nasional lalu banyak membantu golongan keluarga B40 yang banyak terkesan akibat Covid-19.

“Tanggungjawab kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan itu adalah melalui Majlis Penyerahan Tablet dan Bakul Makanan yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dengan kerjasama PAS Kawasan Wangsa Maju, semalam.

Majlis turut menyaksikan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan disempurnakan oleh YB Hajah Nuridah yang juga Penyelaras Parlimen Wangsa Maju.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan tersebut, Mohamad Asri berkata, program seumpama itu diadakan dari semasa ke semasa bagi membantu mereka yang tidak berupaya dan pendapatan yang terjejas akibat pandemik.

“Pertubuhan telah proaktif semenjak pandemik, bantuan bukan sahaja terhad pada bakul makanan, malah, sumbangan bantuan tablet kepada para pelajar untuk pembelajaran dalam talian dan sumbangan peralatan kurang upaya seperti kerusi Roda, tongkat dan sebagainya.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Pengerusi PKMS, Mohamad Asri dan Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Puan Zurina Din.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *